Friday, November 19, 2010
INFLUENCE LINE
hoh..tolong!! aku sudah gila dengan FT Island!!! balik umah ni makin menjadi-jadi pulak..huhuhu
mana taknya, sepupu aku nih dari yang kecik sampai ke besar sume da influencing aku...
patotla dulu x-rumet aku (iqa) giler ngan ft island..esp hong ki..sampai aku pun ter influenced..tp lambat sikit effect dia..hahahha
rumet aku pulak a.k.a cik green giler argh citer korea..lagu-lagu korea aku ni ha banyak ambik dari dia..termasukla movie2 sekali..cik green ni rajin mendonlod walaupun citer bersiri..dasyat kan?? xpun, dia beli je yang ori..hahaha
~sori cik green..suara hongki memang lagi sedap dari JGS you yer..walaupun u ckp, suara JGS tu lembut menusuk kalbu...ahaks!!
my favourite song..hahaha
yang ni pulak MV nya :
OK FINE!!! I DA TERKENA INFLUENCE LINE KORANG...HOHOHO
~tiba2 teringat yang aku tak abis g stady influence line..cik pink ajar aku!!!
Monday, November 8, 2010
Liverpool 2-0 Chelsea (7/11/10)
TORRES is back in action !
What a fantastic goal!
this goal surely sends a warning to all the opponents about the fact that "TORRES IS BACK" and back "WITH A BANG!!!!!!!!!!!!!!!"
Torres is back in form. Just what Liverpool need! :)
Torres put the Reds in front after 11 minutes. Martin Skrtel began the move, finding Dirk Kuyt in space inside the Chelsea half. Kuyt then looked up and picked out Torres' run into the box by lifting a superb ball over John Terry's head. With Terry beaten, Torres took one touch and rolled the ball past Petr Cech for his third goal of the season.
Torres, confidence soaring, hit a superb second a minute before the break. Raul Meireles won possession in midfield and charged forward, feeding Torres on the left. Torres cut inside and curled an unstoppable shot around Cech to double the lead.
Thursday, November 4, 2010
Selgas Cano Architecture Madrid, Spain
Wednesday, November 3, 2010
Strange and Creative Building in The World
Monday, November 1, 2010
abang alumni tu cakap......
kali ni nak share ilmu yang saya dapat dari abang alumni yang datang camp tu..x ingat la nama dia..yang aku ingat dia berumur 24 tahun n sudah berkahwin.
Sunday, October 31, 2010
what i had learned from KMIC'10
sebenarnya, banyak yang saya pelajari dari camp yang baru saya pergi nih. tapi hari ni nak share something i got from STC.
STC stand for SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY
hari tu dapat belajar 3 habits jer out of 7 habits..
actually the first three habits surround moving from dependence to independence (i.e self mystery).
Sedih, dirundung kesedihan
Geram, diselubung kegeraman.
Sabar itu adalah butang PAUSE untuk kita berupaya berhenti sejenak dan berfikir apakah tindakan paling tepat yang kita patut buat. Sabar bukan sentiasa menjadikan diri sebagai mangsa.
"Orang yang kuat itu adalah orang yang menguasai dirinya ketika marah"
Tidak mungkin sebuah rumah dapat dibina, tanpa terlebih dahulu siap pelannya. Lakarannya harus JELAS, ukurannya mesti TEPAT. Ada gambaran, baru langkah dimulakan. Inilah yang dimaksudkan dengan Begin with the End in Mind. Memulakan langkah dengan gambaran akhir di dalam fikiran.
"apa yang mahu dicapai dari program?"
Mati,Syurga,Neraka.
Mulakanlah langkah di kehidupan ini, dengan merenung hujung sebuah perjalanan.
Begin with the End in Mind!
Put First Things First adalah tabiat ketiga bagi manusia yang cemerlang. Iaitu manusia yang kalau berlari di trek perlumbaan, dia tiba segera dan sejahtera.
Bahasa Melayunya= Keutamaan.
Bahasa Arabnya = Aulawiyyat.
Wednesday, October 27, 2010
Ayat pelindung diri
Keberuntungan beramal dengan doa ini
Terhindar Daripada Bahaya
Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;
• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.
• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.
Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.
Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.
Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.
Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.
Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.
Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.
Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.
Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.
Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.
Tuesday, October 26, 2010
9 SITI yang patut dicontohi
1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.
2) Siti Fatimah
-Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.
3) Siti A'ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.
4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).
5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.
6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.
7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.
8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.
9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.
Sunday, October 24, 2010
With money u can buy.....
8 Chinese proverb :
WITH MONEY YOU CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOMEWITH MONEY YOU CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIMEWITH MONEY YOU CAN BUY A BED BUT NOT SLEEPWITH MONEY YOU CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGEWITH MONEY YOU CAN SEE A DOCTOR, BUT NOT GOOD HEALTHWITH MONEY YOU CAN BUY A POSITION BUT NOT RESPECTWITH MONEY YOU CAN BUY BLOOD BUT NOT LIFEWITH MONEY YOU CAN BUY SEX BUT NOT LOVE
"Yesterday was a HISTORY... Tomorrow is still a MYSTERY... but Today is a GIFT"