CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 31, 2010

what i had learned from KMIC'10



KMIC'10 stand for KEM MOTIVASI dan INSAN CEMERLANG

sebenarnya, banyak yang saya pelajari dari camp yang baru saya pergi nih. tapi hari ni nak share something i got from STC.

STC stand for SAIFULISLAM TRAINING & CONSULTANCY

hari tu dapat belajar 3 habits jer out of 7 habits..

actually the first three habits surround moving from dependence to independence (i.e self mystery).



Habit 1: Be Proactive


Proaktif = mengambil kawalan dan tanggungjawab ke atas diri kita sendiri. Orang yang proaktif, tidak mudah melatah. Dia tidak akan bertindak mengikut apa yang merangsangnya. Tidak seperti orang yang reaktif:

Marah, disambut dengan kemarahan
Sedih, dirundung kesedihan
Geram, diselubung kegeraman.

Sabar itu adalah butang PAUSE untuk kita berupaya berhenti sejenak dan berfikir apakah tindakan paling tepat yang kita patut buat. Sabar bukan sentiasa menjadikan diri sebagai mangsa.

"Orang yang kuat itu adalah orang yang menguasai dirinya ketika marah"

~being PROACTIVE rather than REACTIVE

Habit 2: Begin with the End in Mind


Tidak mungkin sebuah rumah dapat dibina, tanpa terlebih dahulu siap pelannya. Lakarannya harus JELAS, ukurannya mesti TEPAT.
Ada gambaran, baru langkah dimulakan. Inilah yang dimaksudkan dengan Begin with the End in Mind. Memulakan langkah dengan gambaran akhir di dalam fikiran.

Dalam gerak kerja berpersatuan, Begin with the End in Mind menuntut kita agar memikirkan matlamat sebelum merancang program. Bukannya merancang untuk mengadakan program, kemudian baru difikirkan matlamatnya.

"what is the purpose of that...?"
"apa yang mahu dicapai dari program?"

Renunglah pada kesudahan semua. Kesudahan seorang alim, kesudahan seorang jahil, kesudahan yang miskin, kesudahan yang kaya, semuanya berkesudahan dengan kesudahan yang sama.

Mati,Syurga,Neraka.

Mulakanlah langkah di kehidupan ini, dengan merenung hujung sebuah perjalanan.

Begin with the End in Mind!


Habit 3: Put First Things First


Put First Things First adalah tabiat ketiga bagi manusia yang cemerlang. Iaitu manusia yang kalau berlari di trek perlumbaan, dia tiba segera dan sejahtera.

Bahasa Melayunya= Keutamaan.

Bahasa Arabnya = Aulawiyyat.

alam kehidupan ini, Put First Things First sangat bergantung kepada sistem nilai kita. Sistem nilai yang menentukan apakah yang berharga dan apakah yang tidak berharga dalam hidup ini. Perkara yang berharga diberikan keutamaan, manakala perkara yang kurang berharga boleh diketepikan.



Wednesday, October 27, 2010

Ayat pelindung diri



Keberuntungan beramal dengan doa ini

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.


Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan


Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir


Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.


Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus


Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.


Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.


Di dalam hadis yang tersebut di atas,
Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

sumber: Darussyifa'

~sharing is caring...

















Tuesday, October 26, 2010

9 SITI yang patut dicontohi




1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah

-Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.



Sunday, October 24, 2010

With money u can buy.....






8 Chinese proverb
:

WITH MONEY YOU CAN BUY A HOUSE BUT NOT A HOMEWITH MONEY YOU CAN BUY A CLOCK BUT NOT TIMEWITH MONEY YOU CAN BUY A BED BUT NOT SLEEPWITH MONEY YOU CAN BUY A BOOK, BUT NOT KNOWLEDGEWITH MONEY YOU CAN SEE A DOCTOR, BUT NOT GOOD HEALTHWITH MONEY YOU CAN BUY A POSITION BUT NOT RESPECTWITH MONEY YOU CAN BUY BLOOD BUT NOT LIFEWITH MONEY YOU CAN BUY SEX BUT NOT LOVE
"Yesterday was a HISTORY... Tomorrow is still a MYSTERY... but Today is a GIFT"




Seek First to Understand, Then To Be Understood


Golongan yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut apa yang terbaiknya; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna. [Al-Zumar 39 : 18]

Seek First to Understand, Then To Be Understood = Berusaha untuk Memahami, Sebelum Difahami

I got this one from web.. hope it enlightens you as how it did to me.. insyaAllah..

ALLAH said: If you never felt pain, or experienced problems, how would you know I'm a Healer? If you never made a mistake, how would you know I'm Forgiving? If you were never hurt, how would you know I can Comfort you? If your life is perfect, then why would you need Me? ALLAHU AKBAR!


seek first to understand, then to be understood..

peringkat rendah : habit/konsep ini diaplikasikan dalam hubungan dengan manusia (hablun minannas), di mana kita disaran untuk menjadi pendengar yang baik..inilah hikmah kenapa manusia diberikan 2 telinga dan 1 mulut..

peringkat yang lagi tinggi :konsep ini juga diaplikasikan dlm hubungan kita dgn Allah (hablun minallah)..tiap2 hari kita berdoa..tp ada masanya, kita merasakan seolah-olah Allah tidak mendengar, kerana itu doa kita tidak dikabulkan..sedangkan tidak begitu..Allah itu Maha Mendengar..semua doa kita pasti didengar..balik pada konsep tadi, adakah kita memahami Allah untuk Allah mengabulkan doa kita? ~jgn kita jadi seek first to talk, then pretend to listen..antagonis kepada konsep tadi..


Mungkin di situ hikmahnya Allah menggesa kita supaya berdoa. Bukan Allah tidak tahu apa yang kita mahu dan perlu sebelum kita meminta. Tetapi disuruhnya kita meluahkan dahulu, agar kita sendiri faham apa yang kita hajatkan, sebelum Allah memakbulkan permintaan. Allah mahu kita berdoa supaya kita melihat betapa Allah Maha Mendengar, sebelum menunaikan hajat kita.

Saturday, October 23, 2010

TEMERLOH titik tengah semenanjung









haha..saja nak share entry ni..sebenarnya saya pun baru tahu pasal hal ni...mungkin ada yang dah tahu dan ada juga yang belum tahu..

Info Geografik

Temerloh merupakan sebuah bandar yang maju dan tersusun. Ia adalah daerah kedua terbesar di dalam Negeri Pahang, dengan keluasan 2251km2. Ianya terletak di Pahang Tengah dan merupakan pusat pertemuan di antara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Temerloh terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut dan mempunyai latitud 3°16′N 102°15′E / 3.27°N 102.25°E. Ia terletak lebih kurang 130km dari Kuala Lumpur. Ianya terletak di antara pertemuan Sungai Pahang dan Sungai Semantan. Temerloh juga terletak di tengah-tengah laluan Kuantan - Kuala Lumpur. Temerloh terkenal dengan panggilan Bandar Ikan Patin. Ini kerana di sini terdapat banyak ikan patin, disebabkan kerana ianya berhampiran dengan sumber sungai yang lebih dikenali sebagai Sungai Pahang. Selain itu, Temerloh juga dikenali sebagai "Titik Tengah Semenanjung".

~strategik kan lokasi TEMERLOH???
koi bangga jadi orang temerloh..heheheh :P

Thursday, October 21, 2010

Air Kosong Penawar Pelbagai Penyakit





Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.

Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.

Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.
Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.
Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.
Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.
Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.
Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:

Tekanan darah tinggi - 30 hari
Gastrik - 10 hari
Diabetes - 30 hari
Sembelit - 10 hari
Kanser - 180 hari
Tibi - 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil.




Sunday, October 17, 2010

sedar tak kita???






tiba-tiba teringat kan kata-kata sepupu...dia pernah bagitau saya, yang ustazah dia pernah bagitau dia yang;

"Dalam satu hari, kita akan belajar sekurang-kurangnya 3 pekara"

tak kisah apa dia...tapi sedar tak kita semua??
mungkin kita dapat sesuatu dari kehidupan seharian kita,
mungkin dapat dari kawan-kawan atau sesiapa sahaja,
mungkin dapat dari blog ke facebook ke,
or mungkin dapat dari apa-apa sahaja...

jadi, sentiasalah bawah pen n kertas...untuk catat apa yang dipelajari hari tuh..hehehhehe



Friday, October 15, 2010

Dream with me...




Hamza Namira-Dream with me lyrics

Dream with me,
Of a tomorrow that’s coming,
And if it doesn’t come,
We’ll bring it ourselves.
We’ll stride upon this path,
Our many footsteps will lead us to our dream.

Dream with me,
Of a tomorrow that’s coming,
And if it doesn’t come,
We’ll bring it ourselves.
We’ll stride upon this path,
Our many footsteps will lead us to our dream.

No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

No matter how many times we fall,
We’ll be able to rise again,
Find the way through, challenge and defy the dark clouds,
We’ll find our night transformed into a thousand days,
Only if we dream.

Dream with me my friend,
Our footsteps will shorten the distance
I care about my innocent dream
Whatever it may be
It will stand beside us
No matter how long our journey becomes
Even if we become lost, my friend,
Our reunion will rally us toward our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream.

Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Towards our dream,
Only if we dream.



احلم معايا


احلم معايا ببكرة جاى ولو مجاش احنا نجيبة بنفسنا

نبدأ نحاول فى الطريق كتر الخطاوى تدلنا على حلمنا

**************

مهما نقع نقدر نقوم نشق نتحدى الغيوم نلاقى بينا الف يوم

بس احنا نحلم ... احلم معايا يا صديق تطوى الخطى ارض الطريق يهمنى

حلمى البرىء مهما يكون يفضل بروحة جمبنا مهما يطول بنا الطريق لو حتى تهنا

يا صديق يرجعه لقانا يضمنا على حلمنا

Thursday, October 14, 2010

you Again!!!!


Mulut busuk(MB)!!! kau mulut busuk!!!

Betul ke orang cakap, orang yang suka mengata nih a.k.a mulut mcm fakulit nih, orang panggil mulut busuk... (power rangers je tw fakulit ni hape...)..ke memang betul-betul mulut dia busuk??? No comment....

Bukannye apa...bayangkan la kalau korang ada sorang kawan nih, mulut dia memang xboley blahh beb..kalau nak mengata, memang tak pandang kiri kanan atas bawah la..depan-depan kau jugak dia cakap...masalahnya, kalau tengah-tengah ramai orang pun, dia dengan muka slumberdog dia tuh mengata orang tuh..kejadian-kejadian aneh bukan nye jadik kat aku sorang je..tapi kat kawan aku yang lain jugak..

Kejadian 1 (cik MB bersama seseorang)

MB: eeerrrrrrrr...berapa ringgit baju kau nih..mesti sepuloh ringgit je kan..

~lantak la wey...orang nak pakai baju bape hinggit sekali pon..janji tutup aurat..bukan guna duet ko pon..masalahnya, baju tu mahal weyh...rabun ke hape cik MB tuh...

Kejadian 2 (cik MB lagi bersama seseorang dan kawan-kawan)

MB: eeeiiii....xsesuai la kau pakai tudung nih...muka jadik macam mak mak...lipice ni pon x masuk la ngan ko...x nampak pon kaler dia...kalau aku pakai baru terang kaler dia..

~huh..macam la ko tu cantik sangat(hambik ko..)kalau yer pun berpada-pada la..xyah depan ramai orang..

Kejadian 3 (cik MB lagi dan lagi...huhu)

MB: ko ni gemuk la...macam mane ko boley duduk kerusi tuh berdua ea..(dengan muka yang perasaan chantek tu la kan)

~cik MB oiii...setiap orang da dianugerahkan Tuhan dengan sebaik-baik kejadian...tuan punyer badan tu sendiri bersyukur dengan apa yang dia ade...yang ko sibuk-sibuk nak pertikaikan kenapa?? Walaupon, ko tidak seberapa berdaging, kitaorang xpernah mengata ko..

Kejadian 4( cik MB lagi!!!lagi!!! lagi!!!)

Huh....malas da aku nak cerita...smpi 300 kejadian pun tetap membabitkan kau lagi...asyik-asyik kau...kau!!YOU AGAIN!! AGAIN AND AGAIN!!!

Ingat..

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

P/s: sesiapa yang terasa dirinya seperti cik MB nih..marilah kita sama-sama muhasabah diri...nobody is perfect right

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang menggunjing sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah, sungguh Allah Maha Penerima Taubat, Maha Penyayang" (QS. Al-Hujurat : 12).

poster
~hopefully entry "bermotivasi" ni boley pikat hati pakcik nuffnang tuk bagi aku tiket free...~

Monday, October 11, 2010

muhasabah diri



aduih..da beberapa hari da nih...lagu ni jugak...takde berubahnya...huhu

tolong la....please...

kata nak berubah...aku kena muhasabah diri aku ni....sape2 yang boleh bagi kata-kata semangat tu, tolong la kasi aku bersemangat sikit...semangat syida!!!!

exam dah tak lama..nak kata jadual pack sangat, xde pon..aku patut bersyukur sebab sem ni aku ambik 16 jam kedit...patotnye ley kaw2 score..huhu..

ok2...lepas ni xmo da buang2 masa...sedarlah bahawa orang yang membuang masa adalah orang2 yang rugi...kata nak dapat 4 flat..paling kureng pon, nak try dapat 3.5o and above....kalau duk berangan tanpa usaha sampai bila-bila pun tak berjaya...



1)jangan buang masa....
~buat apa nak buang masa...setiap orang ade 24 jam sehari,tak lebih, tak kurang...orang yang bijak adalah orang yang pandai bahagikan masa..aku nak jadi orang yang bijak..heheh..InsyaAllah..




2)jangan putus asa...think positive
~apa subjek critical aku...hmm..kimia n civil math...ala...senangje tuh...kalau aku berusaha, mesti boleh...kn?kn?kn?

3)ingat femili
~betul2...besar harapan diorang kat aku...aku tak boleh main2...aku kena buktikan yang aku boleh dibanggakan..

4)dekatkan diri dengan ALLAH
~ini yang penting..sekuat-kuat mana pun manusia tetap kena sujud pada Allah swt...
kita kena sedar apa yang kita ada dan perolehi sekarang ini, semuanya adalah kurniaan Allah..
tidak ada pun milik kita...bagi aku, kalau kita sentiasa ingat pada Allah, insyaAllah, Allah juga tidak akan lupa pada kita dan akan lindungi hamba-hambanya...


wah..tak sangka aku menulis sepanjang nih..xdela panjang mana pon..tp saja..nak bersemangat sikit...
tak tahulah semangat ni tahan sampai mana jer...huhu..hopefully it can affect my result for this final exam...




walau mcam mana pun, idup x bley stress2...kena epi2...
~kpd cik green, cik blue n cik pink, jom sama2 bersemangat...tu kan polisi kump kita..sorang bersemangat..sume kena semngat..ngehngeh..

Saturday, October 9, 2010

hidden symbol in a logo


One of my favorite chocolates…yummy!! But trust me I never noticed the brilliant logo while enjoying my bar. You must be thinking what is there to find out as it clearly shows the Swiss Alps? Let me explain…Toblerone originated in Bern, Switzerland – A city whose name is rumored to mean, “City of bears”. When you look at it again you will find a bear in the logo

The name itself is actually a French word that defines intersection in English; that’s why the arrows are there. Also notice the big C in the white space. I’ve been shopping at Carrefour for 10 years, I didn’t or didn’t care to notice the C and even the logo itself.
This famous logo is extremely clean and simple but this arrow might not look like more than a smile to you. Before, coming to any conclusions I would like you to know the concept behind this…it says that amazon.com has everything from a to z and it also represents the smile brought to the customer’s face.

There is the Baskin Robins new logo, in where the BR also creates the number 31 for how many flavors they have


You would say you have seen it thousand times but just to make you notice an arrow formed between the letters “E” and “X” conveying speed, direction and reliability of this amazing courier service.