CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, October 23, 2010

TEMERLOH titik tengah semenanjung









haha..saja nak share entry ni..sebenarnya saya pun baru tahu pasal hal ni...mungkin ada yang dah tahu dan ada juga yang belum tahu..

Info Geografik

Temerloh merupakan sebuah bandar yang maju dan tersusun. Ia adalah daerah kedua terbesar di dalam Negeri Pahang, dengan keluasan 2251km2. Ianya terletak di Pahang Tengah dan merupakan pusat pertemuan di antara Pantai Barat Semenanjung Malaysia dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Temerloh terletak kira-kira 163 kaki dari paras laut dan mempunyai latitud 3°16′N 102°15′E / 3.27°N 102.25°E. Ia terletak lebih kurang 130km dari Kuala Lumpur. Ianya terletak di antara pertemuan Sungai Pahang dan Sungai Semantan. Temerloh juga terletak di tengah-tengah laluan Kuantan - Kuala Lumpur. Temerloh terkenal dengan panggilan Bandar Ikan Patin. Ini kerana di sini terdapat banyak ikan patin, disebabkan kerana ianya berhampiran dengan sumber sungai yang lebih dikenali sebagai Sungai Pahang. Selain itu, Temerloh juga dikenali sebagai "Titik Tengah Semenanjung".

~strategik kan lokasi TEMERLOH???
koi bangga jadi orang temerloh..heheheh :P